Kehidupan peribadi Mimie Haris

Mimie menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Mohammad pada Disember 2015. Mereka melangsungkan majlis perkahwinan selepas hanya tiga bulan bertunang. Namun jodoh mereka tidak berkekalan apabila mereka disahkan telah bercerai talak satu pada 2017 setelah hampir lapan bulan mendirikan rumahtangga. Punca terjadinya penceraian tersebut adalah disebabkan tiada persefahaman diantara mereka. [1] Setelah hampir tiga tahun menjanda, pada Februari 2020 Mimie akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan mengahwini seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas hanya tiga bulan berkenalan. [2]